Total Pageviews

Sunday, 16 February 2014

what i want to be in 8 years?

what i want to be in 8 years? why 8 years?why not 10?






sebab aku nak letak umur 30 tahun sebagai bench mark. sebab pada aku umur 20-an adalah fasa kita baru nak capai impian. baru habis universiti, baru nak kerja,baru nak cari teman hidup. so nak seimbangkan semua benda ni bukan mudah. tak nak lah nanti di kemudian hari apa yang kita kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

dalam 2 tahun ni, nak habiskan study dan mula buat bisness kecil kecilan. tapi nak buat bisness kena planning. kena ada modal. kena ada masa. kena ada usaha. the problem is, i dont have enough time to do all thing in one time. mana busy dengan study. mana busy dengan palapes. mana busy dengan praktikal. even cuti sem pun macam dah tak wujud dalam kamus hidup. kadang-kadang kawan kawan pun ada merungut apesal susah sangat la nak jumpa. sorry guys memang takde masa. about starting a bussiness, tak nak buat benda yang separuh jalan. biar usaha dan penat lelah kita berbaloi. so bab bussiness kena hold dulu. focus nak tauliah dan graduation. 

dalam masa 3 tahun. planning nak cari kerja yang berbaloi dengan academic. kalau boleh tak nak involved dalam civil engineering. because engineering is not a simple things. student engineering tau lah cemana peritnya nak belajar, nak lulus exam ,nak struggle siapkan project, nak maintain pointer. awal awal lagi dah kabo ke ibu ayah taknak kerja bidang ni. tapi kalau dah rezeki ada dalam bidang ni, terima jela. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. just nak cari something yang hati kita suka nak buat. yang tak jemu buat banyak kali. ada quote cakap,

 " love your job, not your company. because you dont know when the company doesnt love you anymore "


dalam masa 5 tahun. pastikan kerja dah kukuh. boleh beli rumah. boleh beli kereta. boleh bagi ibu ayah duit belanja. boleh bawak family pergi mekah walau hanya buat umrah. boleh travel around the world. cari pengalaman, cari ilmu, cari pasangan hidup. bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. tentang pasangan hidup, takde pasangan sekarang pun takpe. kita dekatkan diri dengan allah. cari ilmu agama biar penuh didada. biar semua yang kita buat dalam hidup ni kerana lillahitaala.

dalam masa yang masa jugak,kalau boleh nak berubah perlahan lahan ke arah syurga-NYA. insyallah. biar perlahan-lahan tapi istiqamah. dari drastik dan tidak kekal. 



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba'da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Artinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa 'Alaa Thaa'atik
Artinya: "Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu." (HR. Muslim)





doa agar kita menjadi insan yang lebih baik dari diri kita semalam. 

Friday, 13 September 2013

Selamat Hari Jadi Ayah



90-an. waktu ni ayah berisi. sekarang dah kurus. 

3 September 1961

hari bersejarah sebab seorang hamba Allah dilahirkan pada hari ini yang mana 29 tahun kemudian menjadi seorang suami dan setahun lepas tu jadi bapa yang mana anak-anak dia panggil dia AYAH. 

setelah ditolak tambah tahun ni umur ayah 52. lagi 3 tahun dah boleh masuk kategori warga emas. but still ayah nampak muda lagi. ke aku je yang perasan ayah nampak muda? kalau bagitahu ayah konpem boleh paw tutti frutti semangkuk dua ni hahahah. nak cerita sikit jasa bapa kepada anak anaknya kat blog sendiri. ye ah takkan nak cerita kat blog lain pulak ye dak?

masa kecik kecik dulu aku selalu takut dengan ayah. tak lah selalu. time buat salah je. takut sampai tahap nak terkencing kencing dalam seluar. kadang sampai satu tahap tu macam nak tercirit pun ada. hahaha k tu tipu je nak tercirit tu. dulu masa ktorg kecik kecik lagi boleh kata ayah ni garang jugak la. orang cakap sebab darah muda. tu yang ibubapa kuat marah anak anak masa kecik kecik. nak nak pulak dapat anak terjal macam aku ngan abang. lagi laa angin bapak aku. 

oleh sebab atas aku abang,aku selalu nak main sama apa yang dia main. dia main dalam parit aku ikut. dia bawak basikal buat lap konon cecah tanah aku pun ikut. dia main tumbuk tumbuk aku pun nak ikut main jugak. pastu nangis uwaaaa uwaaa sebab jatuh or kena tumbuk. tak semana mena kalau ayah dengar suara menangis dia akan panggil sorang sorang. masa kena panggil sejuk satu badan plus bulu roma naik tegak sebab kecut nak kena sound setepek or kena pang. perghh kenangan siot kena marah dan kena pang sedas dua hahhaaaha. 

dari tadika ke sekolah rendah hingga sekolah menengah. ayah banyak uruskan tentang sekolah. pastu ayah suka bagi hadiah kalau dapat gred bagus bagus dalam exam especially big exam. walau hadiah tu kecik tapi bermakna kot sebab hadiah tu bapak kita yang bagi. ingat lagi masa UPSR + UPSRA dapat result cemerlang, ayah tanya nak apa sebagai hadiah. disebabkan pengaruh rakan rakan sebaya masa tu, pilih nak hadiah handphone. masa mintak tu ayah diam je. dalam hati cakap konpem tak dapat sebab ayah tak bagi respon pun. tapi takpe dah lama lama tu macam tak kesah dah pun sebab time tu dah masuk sekolah menengah. seronok ada kawan kawan baru sampai lupa penah mintak handphone tapi tak dapat. setahun lepas tu tup tup ayah belikan handphone. gila suka masa tu sebab time tu kalau ada handphone kira dah up. ahahahah bodoh nye la kan aku dulu dulu. 

next big exam after UPSR ialah PMR. result cemerlang jugak la walau kecundang subjek sains. sampai ke tua memang tak paham sains. otak tepu tak boleh nak terima input kalau pasal sains. memang tak dilahirkan untuk jadi scientist so redha je. result cemerlang tu terima kasih ibu ayah sebab berkorban untuk tengok kita cemerlang dalam pelajaran. time nak PMR bila kawan sibuk tuisyen kita pun nak jugak tuisyen. pagi-pagi weekend selalu kejutkan ayah suruh hantar pergi tuisyen yang mana tuisyen taknak mengalah nak kat tengah bandar KL je. padahal keliling rumah banyak je cikgu yang mengajar tuisyen. bila pikir pikir balik, dah la bapak aku kena sampai lewat malam,pastu aku kejut dia pagi pagi buta suruh hantar. anak apa la aku ni? tapi bapak kita sentiasa penuhi kehendak kita walau penat bekerja cemana pun.

pastu dah dapat result cemerlang,tergedik gedik pulak nak tukar sekolah yang konon lebih bagus. ok then ayah uruskan main pindah pindah sekolah. tak dapat asrama tapi mengada nak apply asrama sebab konon mungkin lagi senang nak belajar kalau duduk asrama. tup tup tak sampai 3 minggu duduk asrama dah mintak taknak duduk asrama lagi. hari hari menangis call rumah asyik nak balik nak balik nak balik. ayah sanggup datang asrama malam malam lepas kerja sebab kesian kat anak dia asyik menangis je. menangis bukan homesick ke apa. sebab perangai senior kejadah apa ntah suka cari masalah. last last duduk rumah je. pastu hari hari menyusahkan ayah lagi kena hantar sekolah yang jauh sikit dari rumah compare dengan sekolah before ni. result biasa biasa je masa SPM. sampai rasa macam tak sampai hati nak bagitahu result dapat berapa kat ayah sebab takut dia kecewa. tapi masa bagitahu tru fon, suara ayah ceria je. ayah cakap ok apa result kakak, dah berusaha kan. mungkin itu yang terbaik. padahal aku banyak main masa SPM. maafkan saya ayah :-(

masa matrik dapat pulak matrik kat johor. selalu ayah call tanya kabar. tanya ada duit ke tak. belajar ok ke tak. makan ok ke tak. kadang belajar tak ok pun tapi sebab nak sedapkan hati ayah cakap jela belajar ok,makan ok,sihat senantiasa,duit cukup sentiasa. after matrik cuti panjang 5 bulan. sibuk nak kerja konon nak simpan duit buat belanja masa degree. ayah pun guna cabel mintak kerja kat ______(rahsia). dari interview hingga ke hari dapat kerja ayah yang hantar. boleh kata tiap tiap minggu ayah datang melawat kat tempat kerja. selalu lunch dengan ayah sebab waktu lunch selalu sensorang sebab jadual tak sama dengan orang lain. kadang bila busy ayah tapaukan MCD sebab dia tahu hanya MCD yang boleh membuka selera anak gedik dia ni. lepas tu kerja pulak meniaga bazar kat balakong. pun ayah selalu datang melawat nak tengok kita kerja ok ke tak. kadang tu siap bawakkan makanan. siap berbuka puasa sama jugak sebab selalu tapau kat foodcourt je yang warga warga nepal masak sampai tak lalu nak telan dah makanan nye. 

degree dapat belajar lagi kat johor. tiap tiap tahun ayah datang johor angkut barang balik rumah sebab tak boleh simpan barang banyak banyak kat stor asrama. masa hari pendaftaran tu ayah ada ternampak markas palapes. terus dia suruh masuk palapes. walau hati ni taknak masuk pun sebenarnya tapi masuk jugak demi ayah. weekend kalau ayah call dia dah tak tanya dah belajar ok ke tak,terus dia tanya hari ni takde latihan palap ke? nampak harapan yang tinggi nak suruh aku habiskan palap 3 tahun. takpe,demi ayah lagi setahun aku tahan nak tauliah. 

time belajar ni semua orang pinjam ptptn. aku plak berkeras tak nak pinjam ptptn. walau apa pun jadi. mengada taknak pinjam pt walau tahu diri tu tak kaya mana nak tampung yuran beribu ribu tu. pastu sibuk duk googles pinjaman dan biasiswa lain untuk dapatkan tajaan demi taknak ptptn sangat. ayah la yang tolong amekkan borang,tolong hantarkan borang,tolong hantar pegi interview apa semua. pastu masa tak dapat apa apa feedback berkenaan permohonan dapatkan tajaan tu,memang dah takde choice lain selain pinjam pt. time tu cakap dengan ayah mampu ke kakak nak bayar pt yang banyak sangat bunga dia ni? berpuluh tahun kot nak habiskan bayar. ayah cakap " takpe,nanti ayah tolong bayarkan sekali." . ya allah dalam hati sebak takyah cakap. ayah sanggup nak bayarkan hutang kita belajar sebab taknak anak dia terbeban masa depan. tapi kan, aku dah besar. taknak la guna duit mak bapak kita yang patutnye dorang simpan untuk masa tua tapi guna untuk bayar hutang belajar kita. tapi alhamdulillah dapat jugak pinjaman dari yayasan yang masa kalau result cemerlang dia akan tukarkan pinjaman kepada biasiswa. 

kalau nak cerita jasa ayah kat kita ni kan, memang takkan habis. jasa dia terlampau banyak. tak terbalas sampai mati. 

masa 3 september haritu,aku tengah jaga booth palapes untuk intake junior baru. pastu adik aku text kata dah wish harijadi ayah belum? 

balik tu terus wish sambil nyanyi lagu wajib untuk besday iaitu happy besday dan Allah selamatkan kamu. masa nyanyi tu sebak gila sampai rasa nak nangis.

sebab baru sedar yang ayah kita tu dimamah usia. dia takkan muda kembali. malah makin tua.

adik adik aku selalu cakap yang aku ni anak kesayangan ayah. actually ayah tak membandingkan pun anak anak dia. cuma mungkin korang kurang berinteraksi dengan ayah atau kurang berkongsi cerita. lepas ni cuba cari masa bersama ayah. atau luangkan masa. bergurau senda. sebab nanti bila ayah dah takde, kita ada kenangan bersama ayah kita. sebab aku ni jenis kaki bercerita dengan ayah. kadang benda remeh temeh pun nak cerita. at least bercerita dan mintak pendapat ayah bila nak buat keputusan apa apa atau ada masalah. mungkin kita rasa benda tu biasa je takyah nak bercerita sangat tapi, ayah rasa kita hargai dia bila buat macam tu. sebab hati tua dia mudah terasa bila anak anak membelakangkan dia.







Monday, 1 July 2013

Malaikat Hafadzah

haritu aku pegi class memandu yang ceramah kena dengar berjam jam tu. ada hikmah datang class tu bila si pengajar yang bagi ceramah tentang kereta dan motor tu berkongsi ilmu dengan kami. suka sangat dengan encik tu sebab dia bersifat husnuzhon. selalu bersangka baik dengan orang. terima kasih kepada encik hairol jugak sebab sedarkan aku dari duniawi yang tiada penghujung. so ini apa yang aku search kat internet dari apa yang en hairol kongsikan haritu. ilmu yang aku dapat dari dia aku kongsikan dengan korang jugak. bia sama sama kita berilmu. 




Al Imam Ghozali di dalam salah satu kitabnya yaitu Minhajul Abidin menerangkan tentang tugas dari Malaikat penjaga gerbang langit, yaitu Malaikat Hafadzah. Dari Ibnu Mubarak dan Khalid bin Ma'dan, mereka berkata kepada Mu'adz bin Jabal, "Mohon ceritakan kepada kami sebuah hadits yang telah Rasulullah ajarkan kepadamu, yang telah dihafal olehmu dan selalu diingat-ingatnya karena sangat kerasnya hadits tersebut dan sangat halus serta dalamnya makna ungkapannya. Hadits manakah yang engkau anggap sebagai hadits terpenting?" 

Mu'adz menjawab, "Baiklah, akan aku ceritakan... " Tiba-tiba Mu'adz menangis tersedu-sedu. Lama sekali tangisannya itu, hingga beberapa saat kemudian baru terdiam. Beliau kemudian berkata, "Emh, sungguh aku rindu sekali kepada Rasulullah. Ingin sekali aku bersua kembali dengan beliau...". Kemudian Mu'adz melanjutkan: Suatu hari ketika aku menghadap Rasulullah Saw. yang suci, saat itu 
beliau tengah menunggangi untanya. Nabi kemudian menyuruhku untuk turut naik bersama beliau di belakangnya. Aku pun menaiki unta tersebut di belakang beliau. Kemudian aku melihat Rasulullah 
menengadah ke langit dan bersabda, "Segala kesyukuran hanyalah diperuntukkan bagi Allah yang telah menetapkan kepada setiap ciptaan-Nya apa-apa yang Dia kehendaki. Wahai Mu'adz....! 

Labbaik, wahai penghulu para rasul....! 

Akan aku ceritakan kepadamu sebuah kisah, yang apabila engkau menjaganya baik-baik, maka hal itu akan memberikan manfaat bagimu. Namun sebaliknya, apabila engkau mengabaikannya, maka terputuslah hujjahmu di sisi Allah Azza wa Jalla....! 

Wahai Mu'adz...Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati dan Maha Tinggi telah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan petala langit dan bumi. Pada setiap langit terdapat satu malaikat penjaga pintunya, dan menjadikan penjaga dari tiap pintu tersebut satu malaikat yang kadarnya disesuaikan dengan keagungan dari tiap tingkatan langitnya. 

Suatu hari naiklah malaikat Hafadzah dengan amalan seorang hamba yang amalan tersebut memancarkan cahaya dan bersinar bagaikan matahari. Hingga sampailah amalan tersebut ke langit dunia (as-samaa'I d-dunya) yaitu sampai ke dalam jiwanya. Malaikat Hafadzah kemudian memperbanyak amal tersebut dan mensucikannya. 

Namun tatkala sampai pada pintu langit pertama, tiba-tiba malaikat penjaga pintu tersebut berkata, "Tamparlah wajah pemilik amal ini dengan amalannya tersebut!! Aku adalah pemilik ghibah... Rabb 
Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk mencegah setiap hamba yang telah berbuat ghibah di antara manusia -membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan orang lain yang apabila orang itu mengetahuinya, dia tidak suka mendengarnya- untuk dapat melewati pintu langit pertama ini....!!" 

Kemudian keesokan harinya malaikat Hafadzah naik ke langit beserta amal shalih seorang hamba lainnya. Amal tersebut bercahaya yang cahayanya terus diperbanyak oleh Hafadzah dan disucikannya, hingga akhirnya dapat menembus ke langit kedua. Namun malaikat penjaga pintu langit kedua tiba-tiba berkata, "Berhenti kalian...! Tamparlah wajah pemilik amal tersebut dengan amalannya itu! Sesungguhnya dia beramal namun dibalik amalannya itu dia menginginkan penampilan duniawi belaka ('aradla d-dunya).Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk tidak membiarkan amalan si hamba yang berbuat itu melewati langit dua ini menuju langit berikutnya!" Mendengar itu semua, para malaikat pun melaknati si hamba tersebut hingga petang harinya. 

Malaikat Hafadzah lainnya naik bersama amalan sang hamba yang nampak indah, yang di dalamnya terdapat shadaqah, shaum-shaumnya serta perbuatan baiknya yang melimpah. Malaikat Hafadzah pun memperbanyak amal tersebut dan mensucikannya hingga akhirnya dapat menembus langit pertama dan kedua. Namun ketika sampai di pintu langit ketiga, tiba-tiba malaikat penjaga pintu langit tersebut berkata, "Berhentilah kalian...! Tamparkanlah wajah pemilik amalan tersebut dengan amalan-
amalannya itu! Aku adalah penjaga al-Kibr (sifat takabur). Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk tidak membiarkan amalannya melewatiku, karena selama ini dia selalu bertakabur di hadapan manusia ketika berkumpul dalam setiap majelis pertemuan mereka...." 

Malaikat Hafadzah lainnya naik ke langit demi langit dengan membawa amalan seorang hamba yang tampak berkilauan bagaikan kerlip bintang gemintang dan planet. Suaranya tampak bergema dan tasbihnya bergaung disebabkan oleh ibadah shaum, shalat, haji dan umrah, hingga tampak menembus tiga langit pertama dan sampai ke pintu langit keempat. Namun malaikat penjaga pintu tersebut berkata, "Berhentilah kalian...! Dan tamparkan dengan amalan-amalan tersebut ke wajah pemiliknya.. ! Aku adalah malaikat penjaga sifat 'ujub (takjub akan keadaan jiwanya sendiri). Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku agar ridak membiarkan amalannya melewatiku hingga menembus langit sesudahku. Dia selalu memasukkan unsur 'ujub di dalam jiwanya ketika melakukan suatu perbuatan!" 

Malaikat Hafadzah lainnya naik bersama amalan seorang hamba yang diiring bagaikan iringan pengantin wanita menuju suaminya. Hingga sampailah amalan tersebut menembus langit kelima dengan amalannya yang baik berupa jihad, haji dan umrah. Amalan tersebut memiliki cahaya bagaikan sinar matahari. Namun sesampainya di pintu langit kelima tersebut, berkatalah sang malaikat penjaga pintu, "Saya adalah pemilik sifat hasad (dengki). Dia telah berbuat dengki kepada manusia ketika mereka diberi karunia oleh Allah. Dia marah terhadap apa-apa yang telah Allah ridlai dalam ketetapan-Nya. Rabb Pemeliharaku memerintahkan aku untuk tidak membiarkan amal tersebut melewatiku menunju langit berikutnya.. .!" 

Malaikat Hafadzah lainnya naik dengan amalan seorang hamba berupa wudhu' yang sempurna, shalat yang banyak, shaum-shaumnya, haji dan umrah, hingga sampailah ke langit yang keenam. Namun malaikat penjaga pintu langit keenam berkata, 'Saya adalah pemilik ar-rahmat (kasih sayang). Tamparkanlah amalan si hamba tersebut ke wajah pemilikinya. Dia tidak memilki sifat rahmaniah sama sekali di hadapan manusia. Dia malah merasa senang ketika melihat musibah menimpa hamba lainnya. Rabb Pemeliharaku memerintahkanku untuk tidak membiarkan amalannya melewatiku menuju langit berikutnya.. .!' 

Naiklah malaikat Hafadzah lainnya bersama amalan seorang hamba berupa nafkah yang berlimpah, shaum, shalat, jihad dan sifat wara' (berhati-hati dalam beramal). Amalan tersebut bergemuruh bagaikan guntur dan bersinar bagaikan bagaikan kilatan petir. Namun ketika sampai pada langit yang ketujuh, berhentilah amalan tersebut di hadapan malaikat penjaga pintunya. Malaikat itu berkata, 'Saya adalah pemilik sebutan (adz-dzikru) atau sum'ah (mencintai kemasyhuran) di antara manusia. 
Sesungguhnya pemilik amal ini berbuat sesuatu karena menginginkan sebutan kebaikan amal perbuatannya di dalam setiap pertemuan. Ingin disanjung di antara kawan-kawannya dan mendapatkan kehormatan di antara para pembesar. Rabb Pemeliharaku memerintahkan aku untuk tidak membiarkan amalannya menembus melewati pintu langit ini menuju langit sesudahnya. Dan 
setiap amal yang tidak diperuntukkan bagi Allah ta'ala secara ikhlas, maka dia telah berbuat riya', dan Allah Azza wa Jalla tidak menerima amalan seseorang yang diiringi dengan riya' tersebut.... !' 

Dan malaikat Hafadzah lainnya naik beserta amalan seorang hamba berupa shalat, zakat, shaum demi shaum, haji, umrah, akhlak yang berbuahkan hasanah, berdiam diri, berdzikir kepada Allah Ta'ala, maka seluruh malaikat di tujuh langit tersebut beriringan menyertainya hingga terputuslah seluruh hijab dalam menuju Allah Subhanahu. Mereka berhenti di hadapan ar-Rabb yang Keagungan-Nya (sifat Jalal-Nya) bertajalli. Dan para malaikat tersebut menyaksikan amal sang hamba itu merupakan amal shalih yang diikhlaskannya hanya bagi Allah Ta'ala. 

Namun tanpa disangka Allah berfirman, 'Kalian adalah malaikat Hafadzah yang menjaga amal-amal hamba-Ku, dan Aku adalah Sang Pengawas, yang memiliki kemampuan dalam mengamati apa-apa yang ada di dalam jiwanya. Sesungguhnya dengan amalannya itu, sebenarnya dia tidak menginginkan Aku. Dia menginginkan selain Aku...! Dia tidak mengikhlaskan amalannya bagi-Ku. Dan Aku Maha Mengetahui terhadap apa yang dia inginkan dari amalannya tersebut. Laknatku bagi dia yang telah menipu makhluk lainnya dan kalian semua, namun Aku sama sekali tidak tertipu olehnya. Dan Aku adalah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib, Yang memunculkan apa-apa yang tersimpan di dalam kalbu-kalbu. Tidak ada satu pun di hadapan-Ku yang tersembunyi, dan tidak ada yang samar di hadapan-Ku terhadap segala yang tersamar.... . Pengetahuan- Ku terhadap apa-apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuan- Ku terhadap apa-apa yang belum terjadi. Pengetahuan- Ku terhadap apa-apa yang telah berlalu sama dengan pengetahuan- Ku terhadap yang akan datang. Dan pengetahuan- Ku terhadap segala sesuatu yang awal sebagaimana pengetahuan- Ku terhadap segala yang akhir. Aku lebih mengetahui sesuatu yang rahasia dan tersembunyi. Bagaimana mungkin hamba-Ku menipu-Ku dengan ilmunya. Sesungguhnya dia hanyalah menipu para makhluk yang tidak memiliki pengetahuan, dan Aku Maha Mengetahui segala yang ghaib. Baginya laknat-Ku... .!! 

Mendengar itu semua maka berkatalah para malaikat penjaga tujuh langit beserta tiga ribu pengiringnya, 'Wahai Rabb Pemelihara kami, baginya laknat-Mu dan laknat kami. Dan berkatalah seluruh petala langit, 'Laknat Allah baginya dan laknat mereka yang melaknat buat sang hamba itu..! 

Mendengar penuturan Rasulullah Saw. sedemikian rupa, tiba-tiba menangislah Mu'adz Rahimahullah, dengan isak tangisnya yang cukup keras...Lama baru terdiam kemudian dia berkata dengan lirihnya, "Wahai Rasulullah.. ....Bagaimana bisa aku selamat dari apa-apa yang telah engkau ceritakan tadi...??" 

Rasulullah bersabda, "Oleh karena itu wahai Mu'adz.....Ikutilah Nabimu di dalam sebuah keyakinan ". Dengan suara yang bergetar Mu'adz berkata, "Engkau adalah Rasul Allah, dan aku hanyalah seorang Mu'adz bin Jabal....Bagaimana aku bisa selamat dan lolos dari itu semua...??" 

Nabi yang suci bersabda, "Baiklah wahai Mu'adz, apabila engkau merasa kurang sempurna dalam melakukan semua amalanmu itu, maka cegahlah lidahmu dari ucapan ghibah dan fitnah terhadap sesama manusia, khususnya terhadap saudara-saudaramu yang sama-sama memegang Alquran. Apabila engkau hendak berbuat ghibah atau memfitnah orang lain, haruslah ingat kepada pertanggungjawaban jiwamu sendiri, sebagaimana engkau telah mengetahui bahwa dalam jiwamu pun penuh dengan aib-aib. Janganlah engkau mensucikan jiwamu dengan cara menjelek-jelekkanorang lain. Jangan angkat derajat jiwamu dengan cara menekan orang lain. Janganlah tenggelam di dalam memasuki urusan dunia sehingga hal itu dapat melupakan urusan akhiratmu. Dan janganlah engkau berbisik-bisik dengan seseorang, padahal di sebelahmu terdapat orang lain yang tidak diikutsertakan. Jangan merasa dirimu agung dan terhormat di hadapan manusia, karena hal itu akan membuat habis terputus nilai kebaikan-kebaikanmu di dunia dan akhirat. Janganlah berbuat keji di dalam majelis pertemuanmu sehingga akibatnya mereka akan menjauhimu karena buruknya akhlakmu. Janganlah engkau ungkit-ungkit kebaikanmu di hadapan orang lain. Janganlah engkau robek orang-orang dengan lidahmu yang akibatnya engkau pun akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam, sebagaimana firman-Nya Ta'ala, "Demi yang merobek-robek dengan merobek yang sebenar-benarnya. .." (QS An-Naaziyat [79]: 2) Di neraka itu, daging akan dirobek hingga mencapat tulang...... .. 

Mendengar penuturan Nabi sedemikian itu, Mu'adz kembali bertanya dengan suaranya yang semakin lirih, "Wahai Rasulullah, Siapa sebenarnya yang akan mampu melakukan itu semua....??" 

"Wahai Mu'adz...! Sebenarnya apa-apa yang telah aku paparkan tadi dengan segala penjelasannya serta cara-cara menghindari bahayanya itu semua akan sangat mudah bagi dia yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala.... Oleh karena itu cukuplah bagimu mencintai sesama manusia, sebagaimana engkau mencintai jiwamu sendiri, dan engkau membenci mereka sebagaimana jiwamu membencinya. Dengan itu semua niscaya engkau akan mampu dan selamat dalam menempuhnya. ....!!" 

Khalid bin Ma'dan kemudian berkata bahwa Mu'adz bin Jabal sangat sering membaca hadits tersebut sebagaimana seringnya beliau membaca Alquran, dan sering mempelajarinya serta menjaganya sebagaimana beliau mempelajari dan menjaga Alquran di dalam majelis pertemuannya. 

Al-Ghazali Rahimahullah kemudian berkata, "Setelah kalian mendengar hadits yang sedemikian luhur beritanya, sedemikian besar bahayanya, atsarnya yang sungguh menggetarkan, serasa akan terbang bila hati mendengarnya serta meresahkan akal dan menyempitkan dada yang kini penuh dengan huru-hara yang mencekam. Kalian harus berlindung kepada Rabb-mu, Pemelihara Seru Sekalian Alam. Berdiam diri di ujung sebuah pintu taubat, mudah-mudahan kalbumu akan dibuka oleh Allah dengan lemah lembut, merendahkan diri dan berdoa, menjerit dan menangis semalaman. Juga di siang hari bersama orang-orang yang merendahkan diri, yang menjerit dan selalu berdoa kepada Allah Ta'ala. Sebab itu semua adalah sebuah persoalan bersar dalam hidupmu yang kalian tidak akan selamat darinya melainkan disebabkan atas pertolongan dan rahmat Allah Ta'ala semata. 

Dan tidak akan bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan hadirnya hidayah, taufiq serta inayah-Nya semata. Bangunlah kalian dari lengahnya orang-orang yang lengah. Urusan ini harus benar-benar diperhatikan oleh kalian. Lawanlah hawa nafsumu dalam tanjakan yang menakutkan ini. Mudah-mudahan kalian tidak akan celaka bersama orang-orang yang celaka. Dan mohonlah pertolongan hanya kepada Allah Ta'ala, kapan saja dan dalam kadaan bagaimanapun. Dialah yang Maha Menolong dengan sebaik-baiknya. ..

Tuesday, 18 December 2012

winter di cameron highland

hai teman teman. hye cameron highland. sebenarnya tiap tiap tahun boleh dikatakan aku pegi cameron. tapi kali ni pergi ngan housemate. wahh seronok berganda ganda.

mula mula nak ikut ipah bulard and the geng join trip keusahawanan dorang. for free. FREE! siapa yang taknak kan? tapi dorang hanya nak boys sahaja. T_______T.

pagi before trip, tetibe ada apek post kat fb uthm, siapa mau join trip ke cameron? harga menarik!

hoii dayah, wehh trip murah weh. MURAH WEH! kalau pergi ramai lagi dapat murah. ahh gila. tak boleh jadi ni. ok fine! sesi mengumpulkan ahli untuk join trip ni pun bermula. kutip housemate sendiri je pun + wan nor adibah rumah bawah. kira macam trip budak palap. dah serumah pun ngn budak palap kan.

sebenarnya mula mula tak excited sangat pun nak pergi. join trip ni pun lebih kepada nak melarikan diri dari latihan weekend palap. punya la taknak pegi latihan sampai sanggup keluar duit join trip ni. at the end, memang best giler! best sebab dengan kenkawan je pun. 

dah la buat kerja gila. report bertimbun tak siap + nak final + exhibition CnI + latihan palap + tak de duit sangat. tak kesah la. kita enjoy dulu~


 LATA ISKANDAR

love it! sangat cantik. air dia macam ais. sangat sejukkk. angin pun sangat sejukkkkk.
nice view at the back. love the beautiful scenery. really LOVE IT!


dah. dah. tak mampu nak berdiri lama.

palapmate. benci tengok dibah sebab dia selalu cantik. 


BHARAT TEA PLANTATION

tempat tanam teh. sangat tenang melihat kehijauan pokok teh. nyaman sangat kat sini. slek teh dia je yang sangat mahal. padan muka tak dapat duit aku. booo~ booo tak dapat duit aku.
eh tapi aku ade beli gak teh. hahaha
bestnye sejuk dan nyaman compare dari kena kawad kan kawan sayang?

tea time geng 1

tea time geng 2
apehal muka diba fasi ade 2 kali? gila glemer betul budak ni. haha

bajed macam sejuk sangat. sampai naik anoying sales girl kat sini sebab kita eksyen snap gambar tanpa membeli barang barangnye.
eh budak u tak reti baca sign warna biru kat belakang tu, kamera tidak dibenarkan!

honey candy. sangat sedap! they say i look taf. the truth is berat badan dah naik. 

TAMAN MARDI

tempat segala jenis tanaman ada kat sini. strawberry , rose , rabbit. eh rabbit tanaman ke?




BEE FARM

ni lah dia beeeeeeeeeeee yang buat madu. eh tak tak. tipu je. replika je pun.

chinese love to throw coin at the fish fish. what the hell? ade ong ke?


gambar takde motif. (-_-) oh ya, yang tengah tu jelly. rummate aku.


berkepit aje dua ketul ni. tau la sedondon. dayah and diba fasi.




let me introduce my lovely palapmate.
tasha , aza , jelly , wan nor diba , diba fasi.

PASAR BRINCHANG
sadis sungguh. takde pun snap pic kat sini. aiyaaa!

habis je jalan cameron, turun balik ke bumi johor. back to reality. sampai kampus about 2 am. tahu tahu je pagi tu ade spotcheck rumah. ahhh tidak! so ktorang pun decide tidur je kat surau taman u. semata mata takmau di-spotcheck-kan dan malas nak menjawab itu ini, kemana kami pergi, kenapa tak datang latihan, kenapa tak kemas rumah and so on. 

nama pun budak palap. tidur bersepah/ merempat , small matter la. tak mandi 2 hari, pun still small matter. menuang gila terang terangan pun still small matter. duit tak ada tapi nak berjalan gak pun still no hal. 

semuanya no hal. tapi bila dah terhenti lamunan, pening kepala sebab sebab.....harus settlekan benda yang ditinggalkan secara tiba tiba.

nice sangat~

sejuk bagai winter sonata. hujan bagai hujan ais. suasana nyaman. udara segar. warga cameron yang peramah. sayur yang murah. strawberry bersepah sepah. bunga sangat banyak. madu sangat manis. rama rama jadi sangat cantik. 

rasa macam nak pindah cameron je.