Total Pageviews

Sunday 16 February 2014

what i want to be in 8 years?

what i want to be in 8 years? why 8 years?why not 10?






sebab aku nak letak umur 30 tahun sebagai bench mark. sebab pada aku umur 20-an adalah fasa kita baru nak capai impian. baru habis universiti, baru nak kerja,baru nak cari teman hidup. so nak seimbangkan semua benda ni bukan mudah. tak nak lah nanti di kemudian hari apa yang kita kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

dalam 2 tahun ni, nak habiskan study dan mula buat bisness kecil kecilan. tapi nak buat bisness kena planning. kena ada modal. kena ada masa. kena ada usaha. the problem is, i dont have enough time to do all thing in one time. mana busy dengan study. mana busy dengan palapes. mana busy dengan praktikal. even cuti sem pun macam dah tak wujud dalam kamus hidup. kadang-kadang kawan kawan pun ada merungut apesal susah sangat la nak jumpa. sorry guys memang takde masa. about starting a bussiness, tak nak buat benda yang separuh jalan. biar usaha dan penat lelah kita berbaloi. so bab bussiness kena hold dulu. focus nak tauliah dan graduation. 

dalam masa 3 tahun. planning nak cari kerja yang berbaloi dengan academic. kalau boleh tak nak involved dalam civil engineering. because engineering is not a simple things. student engineering tau lah cemana peritnya nak belajar, nak lulus exam ,nak struggle siapkan project, nak maintain pointer. awal awal lagi dah kabo ke ibu ayah taknak kerja bidang ni. tapi kalau dah rezeki ada dalam bidang ni, terima jela. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. just nak cari something yang hati kita suka nak buat. yang tak jemu buat banyak kali. ada quote cakap,

 " love your job, not your company. because you dont know when the company doesnt love you anymore "


dalam masa 5 tahun. pastikan kerja dah kukuh. boleh beli rumah. boleh beli kereta. boleh bagi ibu ayah duit belanja. boleh bawak family pergi mekah walau hanya buat umrah. boleh travel around the world. cari pengalaman, cari ilmu, cari pasangan hidup. bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. tentang pasangan hidup, takde pasangan sekarang pun takpe. kita dekatkan diri dengan allah. cari ilmu agama biar penuh didada. biar semua yang kita buat dalam hidup ni kerana lillahitaala.

dalam masa yang masa jugak,kalau boleh nak berubah perlahan lahan ke arah syurga-NYA. insyallah. biar perlahan-lahan tapi istiqamah. dari drastik dan tidak kekal. 



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba'da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Artinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa 'Alaa Thaa'atik
Artinya: "Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu." (HR. Muslim)





doa agar kita menjadi insan yang lebih baik dari diri kita semalam. 

No comments:

Post a Comment