Total Pageviews

Friday 13 September 2013

Selamat Hari Jadi Ayah



90-an. waktu ni ayah berisi. sekarang dah kurus. 

3 September 1961

hari bersejarah sebab seorang hamba Allah dilahirkan pada hari ini yang mana 29 tahun kemudian menjadi seorang suami dan setahun lepas tu jadi bapa yang mana anak-anak dia panggil dia AYAH. 

setelah ditolak tambah tahun ni umur ayah 52. lagi 3 tahun dah boleh masuk kategori warga emas. but still ayah nampak muda lagi. ke aku je yang perasan ayah nampak muda? kalau bagitahu ayah konpem boleh paw tutti frutti semangkuk dua ni hahahah. nak cerita sikit jasa bapa kepada anak anaknya kat blog sendiri. ye ah takkan nak cerita kat blog lain pulak ye dak?

masa kecik kecik dulu aku selalu takut dengan ayah. tak lah selalu. time buat salah je. takut sampai tahap nak terkencing kencing dalam seluar. kadang sampai satu tahap tu macam nak tercirit pun ada. hahaha k tu tipu je nak tercirit tu. dulu masa ktorg kecik kecik lagi boleh kata ayah ni garang jugak la. orang cakap sebab darah muda. tu yang ibubapa kuat marah anak anak masa kecik kecik. nak nak pulak dapat anak terjal macam aku ngan abang. lagi laa angin bapak aku. 

oleh sebab atas aku abang,aku selalu nak main sama apa yang dia main. dia main dalam parit aku ikut. dia bawak basikal buat lap konon cecah tanah aku pun ikut. dia main tumbuk tumbuk aku pun nak ikut main jugak. pastu nangis uwaaaa uwaaa sebab jatuh or kena tumbuk. tak semana mena kalau ayah dengar suara menangis dia akan panggil sorang sorang. masa kena panggil sejuk satu badan plus bulu roma naik tegak sebab kecut nak kena sound setepek or kena pang. perghh kenangan siot kena marah dan kena pang sedas dua hahhaaaha. 

dari tadika ke sekolah rendah hingga sekolah menengah. ayah banyak uruskan tentang sekolah. pastu ayah suka bagi hadiah kalau dapat gred bagus bagus dalam exam especially big exam. walau hadiah tu kecik tapi bermakna kot sebab hadiah tu bapak kita yang bagi. ingat lagi masa UPSR + UPSRA dapat result cemerlang, ayah tanya nak apa sebagai hadiah. disebabkan pengaruh rakan rakan sebaya masa tu, pilih nak hadiah handphone. masa mintak tu ayah diam je. dalam hati cakap konpem tak dapat sebab ayah tak bagi respon pun. tapi takpe dah lama lama tu macam tak kesah dah pun sebab time tu dah masuk sekolah menengah. seronok ada kawan kawan baru sampai lupa penah mintak handphone tapi tak dapat. setahun lepas tu tup tup ayah belikan handphone. gila suka masa tu sebab time tu kalau ada handphone kira dah up. ahahahah bodoh nye la kan aku dulu dulu. 

next big exam after UPSR ialah PMR. result cemerlang jugak la walau kecundang subjek sains. sampai ke tua memang tak paham sains. otak tepu tak boleh nak terima input kalau pasal sains. memang tak dilahirkan untuk jadi scientist so redha je. result cemerlang tu terima kasih ibu ayah sebab berkorban untuk tengok kita cemerlang dalam pelajaran. time nak PMR bila kawan sibuk tuisyen kita pun nak jugak tuisyen. pagi-pagi weekend selalu kejutkan ayah suruh hantar pergi tuisyen yang mana tuisyen taknak mengalah nak kat tengah bandar KL je. padahal keliling rumah banyak je cikgu yang mengajar tuisyen. bila pikir pikir balik, dah la bapak aku kena sampai lewat malam,pastu aku kejut dia pagi pagi buta suruh hantar. anak apa la aku ni? tapi bapak kita sentiasa penuhi kehendak kita walau penat bekerja cemana pun.

pastu dah dapat result cemerlang,tergedik gedik pulak nak tukar sekolah yang konon lebih bagus. ok then ayah uruskan main pindah pindah sekolah. tak dapat asrama tapi mengada nak apply asrama sebab konon mungkin lagi senang nak belajar kalau duduk asrama. tup tup tak sampai 3 minggu duduk asrama dah mintak taknak duduk asrama lagi. hari hari menangis call rumah asyik nak balik nak balik nak balik. ayah sanggup datang asrama malam malam lepas kerja sebab kesian kat anak dia asyik menangis je. menangis bukan homesick ke apa. sebab perangai senior kejadah apa ntah suka cari masalah. last last duduk rumah je. pastu hari hari menyusahkan ayah lagi kena hantar sekolah yang jauh sikit dari rumah compare dengan sekolah before ni. result biasa biasa je masa SPM. sampai rasa macam tak sampai hati nak bagitahu result dapat berapa kat ayah sebab takut dia kecewa. tapi masa bagitahu tru fon, suara ayah ceria je. ayah cakap ok apa result kakak, dah berusaha kan. mungkin itu yang terbaik. padahal aku banyak main masa SPM. maafkan saya ayah :-(

masa matrik dapat pulak matrik kat johor. selalu ayah call tanya kabar. tanya ada duit ke tak. belajar ok ke tak. makan ok ke tak. kadang belajar tak ok pun tapi sebab nak sedapkan hati ayah cakap jela belajar ok,makan ok,sihat senantiasa,duit cukup sentiasa. after matrik cuti panjang 5 bulan. sibuk nak kerja konon nak simpan duit buat belanja masa degree. ayah pun guna cabel mintak kerja kat ______(rahsia). dari interview hingga ke hari dapat kerja ayah yang hantar. boleh kata tiap tiap minggu ayah datang melawat kat tempat kerja. selalu lunch dengan ayah sebab waktu lunch selalu sensorang sebab jadual tak sama dengan orang lain. kadang bila busy ayah tapaukan MCD sebab dia tahu hanya MCD yang boleh membuka selera anak gedik dia ni. lepas tu kerja pulak meniaga bazar kat balakong. pun ayah selalu datang melawat nak tengok kita kerja ok ke tak. kadang tu siap bawakkan makanan. siap berbuka puasa sama jugak sebab selalu tapau kat foodcourt je yang warga warga nepal masak sampai tak lalu nak telan dah makanan nye. 

degree dapat belajar lagi kat johor. tiap tiap tahun ayah datang johor angkut barang balik rumah sebab tak boleh simpan barang banyak banyak kat stor asrama. masa hari pendaftaran tu ayah ada ternampak markas palapes. terus dia suruh masuk palapes. walau hati ni taknak masuk pun sebenarnya tapi masuk jugak demi ayah. weekend kalau ayah call dia dah tak tanya dah belajar ok ke tak,terus dia tanya hari ni takde latihan palap ke? nampak harapan yang tinggi nak suruh aku habiskan palap 3 tahun. takpe,demi ayah lagi setahun aku tahan nak tauliah. 

time belajar ni semua orang pinjam ptptn. aku plak berkeras tak nak pinjam ptptn. walau apa pun jadi. mengada taknak pinjam pt walau tahu diri tu tak kaya mana nak tampung yuran beribu ribu tu. pastu sibuk duk googles pinjaman dan biasiswa lain untuk dapatkan tajaan demi taknak ptptn sangat. ayah la yang tolong amekkan borang,tolong hantarkan borang,tolong hantar pegi interview apa semua. pastu masa tak dapat apa apa feedback berkenaan permohonan dapatkan tajaan tu,memang dah takde choice lain selain pinjam pt. time tu cakap dengan ayah mampu ke kakak nak bayar pt yang banyak sangat bunga dia ni? berpuluh tahun kot nak habiskan bayar. ayah cakap " takpe,nanti ayah tolong bayarkan sekali." . ya allah dalam hati sebak takyah cakap. ayah sanggup nak bayarkan hutang kita belajar sebab taknak anak dia terbeban masa depan. tapi kan, aku dah besar. taknak la guna duit mak bapak kita yang patutnye dorang simpan untuk masa tua tapi guna untuk bayar hutang belajar kita. tapi alhamdulillah dapat jugak pinjaman dari yayasan yang masa kalau result cemerlang dia akan tukarkan pinjaman kepada biasiswa. 

kalau nak cerita jasa ayah kat kita ni kan, memang takkan habis. jasa dia terlampau banyak. tak terbalas sampai mati. 

masa 3 september haritu,aku tengah jaga booth palapes untuk intake junior baru. pastu adik aku text kata dah wish harijadi ayah belum? 

balik tu terus wish sambil nyanyi lagu wajib untuk besday iaitu happy besday dan Allah selamatkan kamu. masa nyanyi tu sebak gila sampai rasa nak nangis.

sebab baru sedar yang ayah kita tu dimamah usia. dia takkan muda kembali. malah makin tua.

adik adik aku selalu cakap yang aku ni anak kesayangan ayah. actually ayah tak membandingkan pun anak anak dia. cuma mungkin korang kurang berinteraksi dengan ayah atau kurang berkongsi cerita. lepas ni cuba cari masa bersama ayah. atau luangkan masa. bergurau senda. sebab nanti bila ayah dah takde, kita ada kenangan bersama ayah kita. sebab aku ni jenis kaki bercerita dengan ayah. kadang benda remeh temeh pun nak cerita. at least bercerita dan mintak pendapat ayah bila nak buat keputusan apa apa atau ada masalah. mungkin kita rasa benda tu biasa je takyah nak bercerita sangat tapi, ayah rasa kita hargai dia bila buat macam tu. sebab hati tua dia mudah terasa bila anak anak membelakangkan dia.







No comments:

Post a Comment