Total Pageviews

Friday 21 February 2014

Langkawi



Langkawi. lets talk about it. 123 GO!

ah kacau la pakcik ni!


MUKADIMAH

bila kita ni student 3rd year yang busy dengan studies, busy dengan palapes, busy dengan hidup, we need some space for ourself. so kitorang 7 sekawan plan nak buat short vacation semasa hidup sedang busy dengan project yang bertimbun-timbun nak kena hantar + latihan palapes yang macam tak pernah nak habis + paper final yang just around the corner + annual camp yang bakal menjelma. Langkawi ni jadi macam moral ktorang masa tengah down atau stress. stress dengan annual camp, ingat langkawi. even tengah angkut tanah masa pertahanan pun bayangkan macam tengah main pasir kat pantai langkawi. masa tengah makan pun bayangkan makan seafood fresh kat langkawi. masa berpeluh sebab panas atas bukit pun bayangkan tengah macam panas pantai langkawi. moral tak moral la langkawi ni pada ktorang. tapi masa pertahanan, dia punya stress kalau bayangkan langkawi pun takkan hilang stress tu. 

DAY 1

malam 5hb februari 2014, aku ngan jalilah or we call her jelly, naik bas dari pudu untuk ke shahab,aloq setaq. naik bas intercity double decker RM43 per seat. punya la jakun dengan bas tu sebab first time jumpa bas yang ada wifi sepanjang perjalanan ke aloq setaq. then ada plug kat tepi seat masing-masing untuk kau charge handphone or powerbank. charge bateri camera pun boleh. pastu dapat pulak air jenama intercity yang mana botol dia cute gila. taktahu la jakun sebab excited gila nak ke langkawi pastu semua benda dalam bas tu pun rasa best atau memang jenis yang cepat jakun kitorang ni.

5.30 am at shahab,alor star. me and jelly. excited all the way to aloq setaq.
pastu sampai shahab dalam pukul 5.30 pagi. baru terhegeh hegeh call ana cakap dah sampai. padahal dia suruh call sejam sebelum sampai masa bas tu berhenti kat sungai petani. tapi bas kitorang tak lalu pun sungai petani. terpaksa la tercongok kat stesyen bas tu dalam 45 minit before ana sampai. masa tengah tunggu tu ktorang kelaparan dan kesejukkan. rasa homeless gila. hahaha over. 

ana ambil ktorang terus ke jeti kuala kedah. ambil feri yang paling awal 7.15 am. tak ramai sangat orang. sampai boleh dapat seat sorang satu kat tepi tingkap. feri RM23 one way. kalau two way, doublekan harga tersebut. dalam feri masa mula mula naik macam excited terlebih. duk snap snap gambar. pastu duk buat video. tak sampai setengah jam dah rasa pening tengok air dia naik turun kat laut. diam tak terkata dah masa tu. masing masing melepek tengok movie kat tv dalam feri tu. nak sampai ke langkawi ambil masa dalam sejam setengah dari kuala kedah. kalau dari kuala perlis dan penang lebih dekat. 

layan pemandangan dan ombak sebelum mabuk laut

gigih nak tangkap gambar bersama walau tahu feri tu tak stabil.
ni lah hasil nye. shaking.
Homestay

sampai ke jeti kuah,langkawi dalam pukul 9.00 am. pastu tercongok lagi kat jeti tunggu van sewa sampai. masa tengah tercongok tu semua diam. macam tak percaya dah sampai langkawi. siap tengok tourist lalu lalang berbikini, berbaju tak cukup, berbaju pelik. macam macam ada. sampai je tourist guide ktorang, terus dia racing pegi homestay. homestay ktorang kat tengah tengah kampung. yang mana keliling ada bendang. then ada kandang lembu. ada pemandangan gunung. memang homestay terbaik! sewa untuk 3hari 2 malam RM360. memang terasa suasana desa sangat. homestay ni ada 3 bilik. 2 bilik ada aircond dan bilik air. satu bilir air didapur. setiap bilik air ada water heater. ada mesin basuh dan tempai penyidai pakaian yang luas. ada tv lcd yang besar + astro. ada dapur dilengkapi dengan peti ais yang mana gula garam minyak masak periuk cerek pinggan mangkuk. semua la ada. homestay memang perfect! D'padi homestay nama dia.


luar homestay ada gazebo. nice boleh lepak tengok scenery.

padi baru diambil. kalau tak,mesti hijau pemandangan.



boleh nampak gunung. bendang pun nampak.

acah acah candid
lepas sampai homestay terus lepak sampai petang. siap tidur landing mandi bagai sebab lama sangat menunggu. bengang jugak la sebab janji macam keling. dah la lapar tapi abang-abang tourist guide pandai amek hati lepas bengangkan semua orang. hahaha good job. siap datang bawak goreng pisang dan air tebu. perghh nikmat sebab masa tu panas macam duduk afrika selatan. terus sejuk hati. lepas melahap goreng pisang terus diorang bawak pegi jalan jalan naik cable car.

Cable Car

Cable car ktorang pegi dalam petang macamtu. pukul 5 pm rasanya. dah nak tutup pun. untuk citizen adult RM15. untuk kanak kanak RM12. tapi cemana ntah si abang-abang tourist guide ktorang adjust harga kanak-kanak untuk ktorang. bayangkan lah 10 orang dewasa yang mana semua dah tua tua tapi dapat harga kanak-kanak. heaven! kat sini je dah jimat RM30. seronok naik cable car. tapi lebih kepada sakit jantung sebab gayat sangat. beautiful scenery can be seen from cable car. nampak gunung ganang kat langkawi. nampak laut-laut  biru yang cantik. nampak hutan simpan yang masih hijau dan tebal. oh ya gunung yang cable car ni pergi adalah gunung mat cincang. aku pun tak kenal siapa mat cincang tu. tapi dari cable ni pun boleh nampak telaga tujuh. tapi masa kitorang pegi,air terjun kering so memang takde air. tak berapa nak seronok. 



kat dinding belakang tu ada korean yang samakan pulau langkawi dengan pulau nami kat korea. ktorang terus berangan kenkonon ada kat korea. perempuan kan. biasalah. 

subhanallah. view dari dalam cable car.



jell,ana,tasha. we are rumate. 

gayat nak naik ke atas gunung. telinga pun macam pekak.


peace dari manusia yang ter-over excited.
we heart langkawi. 

laluan kat atas cable car. \

suka tengok view dari atas ni. plus atas ni memang sejuk dan berangin

wajib bergambar di setiap tangga yang ada
keterujaan terserlah bila berada 700 meter above sea level. 
habis je naik cable car terus pergi makan malam kat seafood restaurant. nama apa ntah restoran tu. lupa nak catit. makanan sedap dan fresh. boleh pilih seafood apa kita nak sendiri kat aquarium dia then pilih masakan apa kita nak dia buat. kedai ni tepi laut. so boleh fefeling macam romantic dinner kalau pegi ngan husband nanti. tapi harga not so good tapi sebab abang yang serve tu sado lagi kacak muka cam ezani, kami bayar je. lepas maghrib terus balik homestay. lepas tengok tv pastu tidur.

DAY 2

hari ke2 kemain semangat bangun pagi pagi sebab plan nak pegi pulau pulau yang ada kat langkawi ni. siap pilih nak pakai dress fefeling princess. 

Selfie dulu  pagi pagi sebelum muka berminyak. view pagi pagi kat homestay ni cantik. i like. 
Horse Riding


masa naik cable car petang semalamnye, dari dalam cable car tu boleh nampak kandang kuda dan pusat penternakkan kuda. jelly kemain excited nak tengok kuda. tapi sebab dah nak malam,memang tak nampak apa la. sampai kuda yang warna putih dia boleh nampak warna hitam. oleh sebab ada orang kempunan nak tengok kuda, dorang bawak ktorang bukan takat tengok, tapi tunggang sekali. RM10 pusing keliling kandang. ok la. setakat nak merasa naik kuda. boleh je kalau naik kuda masuk ke hutan RM30 dan satu lagi kemana ntah RM50. 
kali ke2 dalam hidup naik kuda. tapi masih geli nak pegang menantang ni. 
mereka mereka yang tidak gentar menaiki kuda. minus aza. aza penakut. plus aini. aini pun berani. hahaha
Oriental Village


oriental village ni aku taktau la nama melayu dia kampung apa. kat sini banyak kedai yang jual souvenior. beg-beg yang dijual kat sini semua cantik-cantik dan unik. baju pun. aksesori pun. rambang mata kot datang sini. tapi bila memikirkan nak hidup untuk beberapa hari lagi kat pulau ni, terpaksa la window shopping je. kat sini boleh naik bot dua alam bak kata abang tourist guide. punya lah kitorang tanya cemana bot dua alam tu, dia cakap boleh jalan atas darat dan boleh masuk air. semua bengong ingat bot tu spesis kapal selam padahal bot tu bot biasa je ada tayar boleh jalan atas darat macam bas biasa dan boleh buat jadi bot bila atas air. atas air ye. bukan dalam air =,='

pintu masuk. beratur masuk ikut ketinggian. 

duck tour. ni lah bot konon dua alam tu. tipah tertipu betul la. 



 kerja perempuan. testing semua barang tapi taknak beli pun. 


bangunan kedai dalam oriental village semua cecantik.

view dari atas duck tour boat

geram woih tengok air laut dia. 



hanya mampu melihat je kapal-kapal mewah. jangan mimpi boleh sewa.

harus bergambar di setiap ceruk tempat yang dilawati. 
Island Hoping


island hoping ni kita kena sewa bot nak jenjalan kat pulau pulau yang ada kat langkawi. sekeliling langkawi ada banyak pulau yang kebanyakkan pulau takda penghuni. cuma untuk pelancong datang je. dan nelayan tangkap ikan. RM300 ++ untuk satu bot yang boleh buat dalam 10-12 orang. tapi ktorang dapat RM250. 

1) Tasik Dayang Bunting
masa datang tasik ni ada orang pesan "eh jangan mandi kat tasik dayang bunting, nnti mengandung". hahaha awak belajar science tak? ktorang mandi manda kat sini tapi setakat ni takde lagi yang bunting. bunting lemak adalah. bunting anak belum.

tasik ni dinamakan dayang bunting sebab ada dayang ni dia duduk di pulau ni selama 9bulan masa mengandungkan anaknya. tapi bila anaknya lahir,anaknya meninggal. so dia mandikan anak dia kat tasik ni la. sempat la baca sejarah dayang bunting sebelum lompat masuk tasik tu.


kat belakang tu ada rupa perempuang mengandung dalam keadaan baring. 


yeah thanks to the chinese muslim foreigner from china yang sudi snap kan gambar ktorang. 

masa tengah bersiram dan berendam, tetiba ada chinese muslim ni snap snap gambar ktorang mandi manda. menyebabkan rasa awkward nak terkinja kinja dalam air. mungkin kat negara dia anak dara lebih sopan di tempat awam seperti tidak terjerit-jerit, terpekik-pekik atau terketawa besar. sebab tu dia teruja tengok kitorang macam kera dapat handbag. mungkin. tapi thanks sebab sudi tangkapkan gambar ktorang pakai dslr anda dan baik hati nak email gambar tersebut. i like u foreigner. plus ur wifey and ur dotter very cute. 

2) Pulau Beras Basah

pulau ni takde orang duduk pun. just pelancong datang main air, main banana boat dan main flying apa ntah kenama nya. cuma kat sini ada rumah harta persendirian. siap tulis "kat sini tiada tandas, jangan masuk kawasan ini". kat sini banyak adegan-adegan yang ada dalam cerita english. kissing-kissing and so on. gila amerika kat pulau ni. yang pakai bikini tak payah cerita berapa ramai. ramai ya amat. i will not let my husband to come here. alone. hahaha. dangerous!

papan tanda pulau beras basah

bagi la 10 jam pun main air,takkan pernah puas

cantik kan?
3) Pulau ____ (tak ingat nama)


pulau ni ada banyak helang. kebetulan masa kitorang datang ni memang waktu yang banyak helang. helang warna coklat tu hilang biasa. kalau yang warna putih tu helang bukit. ke terbalik. tak ingat dah. lempar je ayam, satg helang ni mai la kutip ayam buat makan. tapi kena baling jauh sikit dari bot sebab dia takkan datang dekat dengan bot pelancong.

 boleh nampak dayang bunting. 




DAY 3

hari terakhir kat langkawi. pagi pagi bangun packing balik barang-barang yang dah disepahkan selama 2 malam kat homestay. bersihkan balik homestay supaya tuan homestay tak pandang kitorang anak dara yang penyepah dan pemalas dan pengotor. harus bagi impression yang baik kepada mereka. setelah make sure tiada barang tinggal,baru blah dari homestay. tu pun bergambar dulu sebagai kenangan duduk kat homestay tu.

Gunung Raya


gunung raya merupakan gunung tertinggi kat langkawi. dari atas bukit boleh tengok view keseluruhan langkawi. pening jugak la nak naik atas gunung dengan van. macam perempuan pregnant 2 bulan. tapi view dia very very very the nice. pastu pitstop kat tangga helang seribu kenangan. pastu ke puncak gunung raya. after that ke tempat jual gamat dan ke haji group ismail (tempat merembat batik, pinggan mangkuk dan coklat yang teramat murah). 


makan laksa langkawi. takda beze pun dengan laksa penang. tapi sebab kat langkawi, pggil jela laksa langkawi.

atas puncak bukit raya. kalau ada masa lebih,nak je lepak sini seharian

kota mahsuri. datang bukan nak tengok sejarah. lebih kepada nak shopping di kedai-kedai kat belakang kota mahsuri ni.
kenangan kat langkawi. 

gamat yang dah dimasak. 

makcik2 joyah membeli ubat untuk hari hari tua nanti


fly without wings. but im too heavy. 
kenangan depan homestay.

tangga helang seribu kenangan. aku pun tak tahu kenapa dinamakan sebegini.

kesejukkan dan kelaparan. kalau helang lalu depan,memang buat bbq tengah pagi ni.



ada orang kena beli beg sebab shopping tak ingat dunia.

dataran helang. 


lastly pergi dataran helang untuk tangkap gambar buat kenangan. sebab kira dataran helang ni macam landmark untuk langkawi. wajib ada dalam senarai tempat menangkap gambar kalau ke langkawi. lastly naik feri terakhir untuk hari tersebut pukul 7.00 pm. dekat 2 jam jugak la sebab feri nak balik ni macam lembap sikit speed dia. mungkin berhati hati di tengah laut. padahal sebijik ni jela feri yang gerak pun.

special thank to abang sham,abang lan dan abang apit. sebab sudi melayan kerenah dan kegedikkan dan keinginan adik adik yang memacam perangai. adik adik yang kejap suh tolong tangkapkan gambar. setiap ceruk pulak tu. kalau ada anak tangga,setiap anak tangga pun nak tangkap. terima kasih sebab tolong bawakkan troli yang penuh dengan beg kitorang yang sendiri pun tak larat nak tolak sebab shopping melampau. terima kasih sebab luangkan masa 3hari sampai tak kerja nak bawak kitorang jenjalan. terima kasih untuk air tebu,air kelapa,goreng pisang dan memacam yang korang belikan untuk ktorang. terima kasih jugak sebab adjustkan semua harga jadi harga kanak kanak, even kita 10 orang tapi bayar untuk 3 orang je. terima kasih sebab memekakkan telinga bila ktorang terjerit-jerit ke-excited-an. terima kasih jugak sebab cover ktorang daripada kastam. terima kasih sebab ikut ktorang nak kesana kemari. terima kasih sebab layan soalan bodoh ktorang. banyak la terima kasih. tulis 1000 patah perkataan pun tak cukup. TERIMA KASIH YA!


p/s : kepada member yang mintak cokelat tu,im so sorry. kewangan saya hanya mencukupi beli souvenior untuk diri sendiri dan family saja. nanti aku dah kayo,aku belanja satu dunia cokelat ye :)


bye langkawi. surely will come again with family and future family :) dont miss me ok? cause i miss u so badly.



No comments:

Post a Comment