Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

sahabat

dari kecik kita dah ada kawan. kawan kita masa kecik kecik of course jiran jiran atau pun sepupu sepapat. start dah masuk tadika,ada kawan tadika sampai lah ke sekolah rendah, menengah, universiti.

macam macam jenis kawan aku pernah jumpa selama 22 tahun pernah hidup ni. seriously aku bukan jenis yang senang nak buat member. kira bukan lah peramah from the first meet.  selalu dah di cop sombong and what so ever but i dont care cuz i dont give a damn about that. tapi kalau dah lama kenal boleh la nak sembang sembang buat lawak bodoh yang takde orang nak gelak atau lawak tahap gelak dah tak keluar suara dah. tapi tu yang rapat jela. yang tak rapat tu still krik krik bila jumpa.

ada kawan jenis yang bila dia takde kawan lain dia menepek kat kau 24 jam. bila dia ada kawan lain, dia tinggalkan kau sampai tak dengar kabo berita. 

ada kawan yang bila susah, susah sama sama. bila senang, dia tinggalkan aje kau. 

ada kawan yang pantang tengok kau lebih sikit, mula la nak mendengki.

ada kawan yang dia bajet dia paling bagus dalam dunia. dia lah yang berkerja keras, dia lah yang cerdik, kira dia lah semua nya.

ada jugak kawan yang setiap benda pun nak berkira. hatta 5 sen sekalipun.

ada jugak kawan yang suka mengadu domba. mengadu hidup dia susah. mengadu selalu takde duit. mengadu nasib malang. sekali tengok, kaya tahap donald trump.

ada kawan yang suka sebarkan kan keburukkan kau kat orang lain.




kalau orang tanya aku la kan, kawan cemana aku nak? sahabat cemana yang aku harap ada dalam hidup aku? ni lah jawapan aku (yang mana aku dah experienced benda ni):

sahabat 
bila mana minyak motor dia dah E. duit dia ada rm5 tapi still nak belanja kau roti canai ngan teh ais.

sahabat
bila mana dia ada basikal,kau takde, tapi dua dua jalan kaki bersama atas nama sahabat.

sahabat
bila mana orang lain fitnah kau, dia takkan terus percaya tanpa tanya kau dulu.

sahabat
bila mana ayam fevret korang tinggal seketul, dua dua tak amek sebab atas nama sahabat.

sahabat
bila mana kau period dan tembus ke baju, dia tolong coverkan.

sahabat 
bila mana dia tanya kau dia nampak gemuk tak kau pakai baju tu, kau terus terang cakap gemuk dan huduh.

sahabat
bila mana sorang tak makan, dua dua pun tak makan.

sahabat,
bila mana nak enjoy sesama tapi takde duit, dia pinjamkan sebab nak sama sama enjoy.

sahabat
bila mana kau dapat soalan bocor exam, dia tak lokek nak kongsi.

sahabat 
bila mana kau sakit, dia tolong belikan makanan. 

sahabat
bila mana kau ceritakan tentang masalah peribadi, dia takkan sebarkan kat orang lain.



perangai aku semenjak menganjak ke usia belia ni macam dah tak berapa nak kesah pasal kawan. kalau kau nak aku member ngan kau, ok go on. kalau kau nak tinggalkan aku, go ahead. jenis kawan kawan yang perangai tak semengah pun aku malas dah nak layan. malas nak sakit kepala untuk benda yang tak worth in our life. nak kata kejam ke apa, suka hati lah. aku taknak menambah dosa membenci orang.

tapi tak semua kawan aku yang tak elok. ada je yang macam dah adik beradik. ada je yang aku anggap sahabat dunia akhirat. sahabat sehidup semati. sahabat yang kalau aku kontek dia 10 tahun akan datang pun dia still ingat dan takkan lupakan kau.

masa remaja memang kita nak banyak kawan bak kata pepatah berkawan biar seribu, berkasih biar satu. memang seronok ramai kawan. yang tak seronok nye nak hadap perangai satu satu yang macam macam jenis.




perbualan whatsapp group :

" weh siapa nak daftarkan subject elektif kita sem depan? "
" ala suruh lah member korang daftarkan "
" kalau ada satu tempat je kosong cemana? konfirm dia daftarkan untuk dia. habis kita cemana? "
" kau suruh la member sehidup semati kau yang daftarkan subject tu. (takde la dia aniaya kau) "
" member sehidup semati ada dalam palapes je. "

sebab member palapes tu dah macam family. macam adik beradik. susah sama sama. senang sama sama. yang mana selama 3 tahun ni belajar kerjasama. kau takkan tinggalkan sesiapa sorang sorang masa senang atau susah.


dah start rindu family palapes batch 8 dah ni T_T






No comments:

Post a Comment