Total Pageviews

Tuesday 18 December 2012

winter di cameron highland

hai teman teman. hye cameron highland. sebenarnya tiap tiap tahun boleh dikatakan aku pegi cameron. tapi kali ni pergi ngan housemate. wahh seronok berganda ganda.

mula mula nak ikut ipah bulard and the geng join trip keusahawanan dorang. for free. FREE! siapa yang taknak kan? tapi dorang hanya nak boys sahaja. T_______T.

pagi before trip, tetibe ada apek post kat fb uthm, siapa mau join trip ke cameron? harga menarik!

hoii dayah, wehh trip murah weh. MURAH WEH! kalau pergi ramai lagi dapat murah. ahh gila. tak boleh jadi ni. ok fine! sesi mengumpulkan ahli untuk join trip ni pun bermula. kutip housemate sendiri je pun + wan nor adibah rumah bawah. kira macam trip budak palap. dah serumah pun ngn budak palap kan.

sebenarnya mula mula tak excited sangat pun nak pergi. join trip ni pun lebih kepada nak melarikan diri dari latihan weekend palap. punya la taknak pegi latihan sampai sanggup keluar duit join trip ni. at the end, memang best giler! best sebab dengan kenkawan je pun. 

dah la buat kerja gila. report bertimbun tak siap + nak final + exhibition CnI + latihan palap + tak de duit sangat. tak kesah la. kita enjoy dulu~


 LATA ISKANDAR

love it! sangat cantik. air dia macam ais. sangat sejukkk. angin pun sangat sejukkkkk.
nice view at the back. love the beautiful scenery. really LOVE IT!


dah. dah. tak mampu nak berdiri lama.

palapmate. benci tengok dibah sebab dia selalu cantik. 


BHARAT TEA PLANTATION

tempat tanam teh. sangat tenang melihat kehijauan pokok teh. nyaman sangat kat sini. slek teh dia je yang sangat mahal. padan muka tak dapat duit aku. booo~ booo tak dapat duit aku.
eh tapi aku ade beli gak teh. hahaha
bestnye sejuk dan nyaman compare dari kena kawad kan kawan sayang?

tea time geng 1

tea time geng 2
apehal muka diba fasi ade 2 kali? gila glemer betul budak ni. haha

bajed macam sejuk sangat. sampai naik anoying sales girl kat sini sebab kita eksyen snap gambar tanpa membeli barang barangnye.
eh budak u tak reti baca sign warna biru kat belakang tu, kamera tidak dibenarkan!

honey candy. sangat sedap! they say i look taf. the truth is berat badan dah naik. 

TAMAN MARDI

tempat segala jenis tanaman ada kat sini. strawberry , rose , rabbit. eh rabbit tanaman ke?




BEE FARM

ni lah dia beeeeeeeeeeee yang buat madu. eh tak tak. tipu je. replika je pun.

chinese love to throw coin at the fish fish. what the hell? ade ong ke?


gambar takde motif. (-_-) oh ya, yang tengah tu jelly. rummate aku.


berkepit aje dua ketul ni. tau la sedondon. dayah and diba fasi.




let me introduce my lovely palapmate.
tasha , aza , jelly , wan nor diba , diba fasi.

PASAR BRINCHANG
sadis sungguh. takde pun snap pic kat sini. aiyaaa!

habis je jalan cameron, turun balik ke bumi johor. back to reality. sampai kampus about 2 am. tahu tahu je pagi tu ade spotcheck rumah. ahhh tidak! so ktorang pun decide tidur je kat surau taman u. semata mata takmau di-spotcheck-kan dan malas nak menjawab itu ini, kemana kami pergi, kenapa tak datang latihan, kenapa tak kemas rumah and so on. 

nama pun budak palap. tidur bersepah/ merempat , small matter la. tak mandi 2 hari, pun still small matter. menuang gila terang terangan pun still small matter. duit tak ada tapi nak berjalan gak pun still no hal. 

semuanya no hal. tapi bila dah terhenti lamunan, pening kepala sebab sebab.....harus settlekan benda yang ditinggalkan secara tiba tiba.

nice sangat~

sejuk bagai winter sonata. hujan bagai hujan ais. suasana nyaman. udara segar. warga cameron yang peramah. sayur yang murah. strawberry bersepah sepah. bunga sangat banyak. madu sangat manis. rama rama jadi sangat cantik. 

rasa macam nak pindah cameron je. 




No comments:

Post a Comment