Total Pageviews

Saturday 19 November 2016

Ke krabi ke kita?

Assalamualaikum.

Pendek je mukadimah nye. Nak catat percutian 4 hari 3 malam ke krabi yang masyallah subhanallah memang lawa sangat dan best sangat. 

12 November 2016.

         

Tiket ke krabi ni ktorg booked 2-3 bulan awal dari tarikh nak ke krabi. Tiket return air asia RM250 without luggage. Nak luggage pergi balik add RM120 pastu share la berapa orang yang korg suka. Ktorg share 4 orang so flight + luggage = RM280. Flight dr kl-krabi 12/11/2016 pukul 7 am sampai krabi 7am jugak sebab krabi sejam lambat dari kita. Flight pun sejam jugak. Ambil flight awal pagi sebab nak jimat masa boleh buat aktiviti terus masa hari pertama. 




                        

Sampai je airport krabi 7 am waktu thailand, kat departure dah ada driver dr www.krabishuttle.com tunggu siapa pegang nama orang yg booked. So tahu dah dia yg akan bawak ktorg ke hotel. Dari airport nak ke aonang dalam setengah jam. Korang boleh pilih nak naik bas, teksi, van atau booked shuttle cam ktorg. Which is one way 750 bath so return 1500 bath untuk SUV. Van, kereta dan bas harga nya lebih murah. Kalau baik bas tu lambat sikit la sampai nye kan. 


                       

So krabi shuttle tadi tu hantar terus ktorg ke hotel. Time ni sampai dalam pukul 8 tapi tak boleh masuk bilik lagi. Ktorg check in je dulu bayar deposit untuk kunci 200 bath pastu tinggalkan bag pergi cari makan. Hotel ni ktorg pilih bilik yang ada 2 queen bed total RM400. So bahagi 4 bayarlah sorang RM100 utk 4hari 3 malam. Hotel,flight dan krabi shuttle ktorg dah booked dr malaysia lagi. So datang terus check in je. Tanggal bawak duit untuk makan, aktiviti dan souvenior je. Nak review hotel ni sikit. Staff sangat friendly. Tapi bilik hotel kurang memuaskan. Penghuni sebelum ktorg check out pkul 12pm. Tapi ktorg mintak nak check in awal dalm 12.30 pm sebab dah ada plan nak buat aktiviti lain. So nak letak beg solat semua dalam bilik. Dia kemas katil je tanpa sapu lantai. Maybe tak sempat sebab ktorg kabut nk masuk awal. Tapi toilet dia pun air tersumbat sebab banyak rambut kat lubang toilet. So lepas je ktorg balik dari aktiviti malam tu ktorg mintak dia pam balik dan bersihkan rambut dalam toilet dan mintak penyapu nk sapu bilik sebab nak solat takkan nak solat dengan lantai berpasir dan habuk. Aircond dan water heater dia function well mase first and second day. Dah 3rd day tu aircond dia asyik off sendiri then water heater dia pun tak panas. Tapi staff friendly. Siap ketuk bilik tanya nak naik tuktuk tak sebab dia pun nk pergi aonang beach sebab muka ktorg tiap2 malam mintak tuktuk. Hotel ni sediakan tuktuk free ke area aonang. Tapi balik ke hotel dia tak provide. So naik la tuktuk berbayar. 


                      

Hotel ktorg yang ada bumbung segitiga tu. Family mart dekat je dengan hotel. Kira macm 7 elevan jugak la walaupun dia ada jugak 7 elevan. Kat sini boleh beli simcard thai yang memuaskan pakai. Dalam hutan, tengah laut, semua line 4G dapat. Memang syok habis. Aku beli simcard yang paling murah je dalam 199 bath. Penting bila simcard sebab bila kau tertinggal sebab duk makan tak tgk jam oleh agent pakej kau, kau boleh call dorg guna simcard ni selain dari upload gamba kat instagram. 

                                  

Sampi je terus cari makan. Ktorg banyak makan kat gerai tepi tepi jalan dekat ngn pantai aonang. Kat situ ada stall pancake yaminlah yg femes tu. Deret tu jugak ada jual goreng cam nasi goreng, tomyam, siakap stim macam 2 lagi lag. Bedal la ikut selera memasing. 


Lepas melantak ktorg pun jalan kaki nak ke aonang beach yg banyak kedai yang ada tawar pakej aktiviti. Masa tu sekadar nak tanya berapa iron je sebab hotel takde sediakan iron. Tak best la kan tudung kedut seribu. So ktorg tanya berapa ambil untuk iron je alih alih ada akak thai ni promote pakej aktiviti dia yang sangat murah. Apa lagi terus grab. 

First day pakej ktorg ambil aktiviti ke emerald pool, hotspring dan krabi night market. Di sebabkan ktorg terlepas trip satu van sebab semua aktiviti start pkul 8, ktorg ambil private tour. Dia guna kereta yg muat 4 org dan akan tunggu kita berapa lama masa nak ambil kat satu tempat. Yelah nama pun private tour kena bayar lebih so dia pun kena ikut ktorg lebih kehkeh. Untuk 3 tempat ni dia ambil 600 bath sorg. Tapi ktorg ke emerald pool and krabi night market je. Sebab masa kat emerald pool dah jalan lebih kurang 1km so kat hotspring ni pun kena jalan jugak tu yang malas. 


                     


                   



                   


Ni lah rupa emerald pool tu. Boleh mandi kat sini tapi ktorg celup kaki je. Tak rendam badan sebab lepastu nak pergi night market takkan nak kuyup ye dak.  


Lepas ke emerald pool terus pergi night market kat krabi town. Kat krabi town ni boleh makan makan survey souvenior. Night market ni ada hari jumaat sabtu dan ahad je. So pastikan korang tak pergi tengah tengah minggu supaya dapat pergi night market kat sini.   



                    


Tomyam memang kaw sedap nye ya allah. Semua isi fresh seafood ada kepah ada ketam ada sotong ada cendawan memang puas hati. 100 bath semangkuk boleh makan 4 orang. Beli kat stall tomyam pastu makan kat tengah2 night market tu ada sediakan kerusi dan meja untuk siapa nak makan. So ktorg pun membeli dan melepak makan disitu. Masa nk beli makanan tu korg jangan pulun makan semua. Banyak pork jugak dorg jual. Nak senang tahu yang halal cari je hakak2 yang pakai tudung, konpem halal. Tak pun tanye apa ingredient dia. Ada pork ke tak. 

Kat night market ni jugak ktorg beli souvenior terus. Yelah sebab baca kat blog2 orang kata sini murah dr aonang beach. Terpedaya hoii. Skali tgk kat aonang sama je harga tapi lagi lawa lagi banyak pilihan. Nyesal tak sudah. Tu lah siapa suruh pemalas sangat nak survey haaa kan dah kena. 



13 November 2016 

Second day ni ktorg pilih nak buat aktiviti yang adventerous sebab hari ahad. Kalau island 
hoping hari ahad alamat nye bersesak la kau kat setiap pulau. 

                                 

Ni pakej yang ktorg ambil. Harga 3200 bath tapi ktorg dapat 1300 bath je. Haa cemana dapat? Guna skill nego la apa lagi kihkih. Boleh tengok apa ktorg akan buat. Pakej ni termasuk makan tengahari. Makan tengahri quite best jugak sebab ingtkan makan buffet ambil sendiri je. Rupanya dia hidangkan ikut bilangan geng kita. Kalau geng 4 org dia hidangkan untuk 4 orang. Sangat puas hati servis dia dan aktiviti pun sangat sangat best. Ada van akan pickup kita dari hotel masing masing. So dari aonang nak ke tempat tempat ni makan masa sejam lebih jugak. 


                    

Monkey cave. Tengok member sebab semua 92's yang katanya tahun monyet 😪

                                 

Flying fox ni pendek je. Tak sampai seminit pun. Boleh la nak naik alang alang dah dalam pakej.

                             

ATV ride utk 30 minit. Ada guide dia sorg kat depan. So yang kita follow je dorg kemana. Boleh naik sorg kalau boleh bawak motor. Tapi kalau penakut nak bawak boleh bonceng. Kami bonceng bersama bukan sebab takut nak bawak tapi sebab lagi satu atv tu ada stereng problem. Puas jugak la naik atv 30 minit dengan jalan dia agak fun yang berbatu berliku. 


                   

Waterfall. Kena jalan kaki dalam 5 minit nak sampi sini. Tapi kami yang malaysian ni je teruja masuk air berendam. Tourist dr china dan india tgk je haa. Tak tahu nikmat air sejuk tu apa agaknya kehkeh.

                  

Elephant ride 30 minit jugak. Tapi seriously aku tak syorkan naik sebab kesian hoii gajah tu kena pukul suh gerak. Pahtu bila gajah tu nak makan tetibe ada tourist lain datang nak ride, terus orang nye tu tak bagi makan gajah suruh tourist naik gajah dulu baru bagi makan gajah. Seriously kesian. Please jangan naik gajah ye. Tapi kalau nak feeding ok je. 


                  

Water rafting ni paling best paling ditunggu paling seronok. Dalam pakej 5km je. Kalau nk mencabar sikit boleh try yang 7km tapi kena tambah 400 bath dan paling mencabar 9km kena tambah 600 bath. Instructor tu cakap 5km not best. Can drink coffee. Pastu bila dah naik hoii mana boleh minum kopi bang oii. Nak bernafas panjang pun tak sempat asyik melompat lompat terjatuh dalam boat. Tapi instructor dia semua fun pandai bergurau main baling2 air kat boat lain. Boat lain pun main baling2 air jugak pastu siap main langgar langgar macam tengah main bumper car je. Semua instructor dia cekeding je tapi cukup kuat nak gemudi boat lawan arus. Gambar ni fotographer dia ambil so memang nampak style dan nice. 200 bath hoii dia jual. Beli jugak sebab tak pernah buat wafer rafting pastu gambar nice boleh buat kenangan gitu. 


14 November 2016


Hari ketiga ktorg ambil pakej phi phi island. Sekali dengan pakej hari hari sebelumnya, akak thai tu baik hati sangat bagi ktorg harga 1100 bath untuk pakej phi phi island. Ada yg tawarkan 800 bath je tapi tu tak termasuk fee masuk national park dorg. National park dalam 400 bath. So kena tanya siap siap segala fee termasuk tak dalam harga yang korang bayar. Ada 7 pulau 2 tempat snorkeling dan guna speed boat. Dari aonang ambil masa sejam nak sampai pulau pulau yang lawa ni. Masa on the way nak ke pulau, speedboat ktorg singgah ambil tourist lain kat 2 private island. Cantik sangat dan sah sah mahal la weii. 

                  

Ni kat tepi pantai aonang sebelum naik speedboat. Secoit je bunga tapi nak jugak tangkap gambar kehkeh.

                  

Sampan dalam gambar ni dorang panggil long tail. Lagi murah dari speedboat tapi lagi lambat. Mostly banyak mat salleh yang naik ni santai2 tgk pemandangan. 


                  

Ni private island yang kami singgah ambil orang tu. 


                                 

Ni kat national park dorang. Sampai sini nanti dorg bagi turun dalam 40 minit tangkap tangkap gambar sampai memory full. Tapi tak boleh berenang ke tengah laut. 


                                  

Time tengahari dorang akan singgah kat satu pulau ni untuk makan tengahri. Pulau ni dulu masa tsunami habis musnah tapi dorang dah bangunkan balik. 500 orang hilang masa tsunami. Makanan best jugak siap ada tomyam putih. Makanan buffet self service. Dorg ada sediakan spaghetti jugak untuk tekak2 mat minah salleh yang tak makan nasi. Salad pun ada untuk yang vegetarian. Makan dia memang puas hati. Atas tu gambar aiskrim kelapa yang sedap ya amat. Sangat bukan typical aiskrim kelapa. Sampi beli 2 kali ktorg sebab sedap. Nangis teringat balik sebab malaysia takde aiskrim kelapa sedap camni. 


                                 

Cantik tak laut dia? Cantik kann. Nanti speedboat akan tetiba berhenti tengah tengah laut pastu nanti dia suh kau turun snorkelling kat sana. Maka turun la nak tengok ikan walaupun bergantung kat life jacket sebab tak reti berenang. 

Habis semua aktiviti dalam pukul 4. So balik hotel mandi solat, malam keluar cari makan kat area aonang beach. Semua 3 hari punya aktiviti ni ktorg ambil dengan hakak siam tu sorang je. Kedai dia selang satu sebelum burger king kat aonang beach. Kedai tu kedai souvenior tapi dia ada kaunter kecik je ada banyak pamplet situ boleh tengok pakej yang nak ambil. Nego until letgo. 


                 

Pancake yaminlah yang paling famous dan sedap. Hari hari cari pancake dia. First day kemain satu pancake kongsi 4 orang acah acah tak habis. Hari seterusnya sorang satu pancake. 


                                 

Lepas makan cari massage. Yang ktorg ni new life massage. Owner dia sangat friendly dan boleh nego harga. Ktorg ambil package tamarind body scrub + milk massage pastu tawar menawar sampi dapat 600 bath. Kali kedua buat foot massage je dalam 30 minat 100 bath. Kedai dia memang tersorok celah celah lorong. Tapi yang ni paling murah antara banyak2 spa and massage kat situ. 


14 November 2016



Last day sebelum check out, ktorg kemas semua beg pastu check out dan pergi breakfast. Pkul 10 dah check out semata nak duit deposit balik untuk habiskan kat family mart. 

                   

Haa ni lah tuktuk yang hotel sediakan. Syiok habis naik sebab angin menampar nampar pipi. 

                   

Ni staff dia yang tak jemu melayan ktorg. Ada je songeh ktorg nak itu ini dia layankan aja. Nama pun tak tanya apa. Selalu tanya dia mana tomyam sedap murah. Mana breakfast murah. Mana pakej murah. Masa nk check out dia tanya 'you engineer why no money? Always want cheap cheap' kehkeh siapa tak suk benda murah abe wei. Kalau boleh nak free semua benda. 


                                 

Warung pakcik ni sebelah family mart je. Hari hari breakfast sini. Cuma masa last day dia bukk lambat sikit. Kedai ni halal dan ada masakan goreng2 dipagi hari. Kau nak nasi goreng daging ke, nak tomyam ke,  nugget ke, semua ada. Jangan pandang sebelah mata kat warung dia. 


                  

Disebabkan warung breakfast tak bukak lagi, kami pun kesini beli air green tea and red tea dia. Stall dia betul2 depan family mart tapi seberang jalan. 


                                 

Air green tea yang sebesar kepala aku tu harga dia 300 bath je. Murah tak murah. Tapi dah nak balik baru perasan stall jual air ni sobsob😭😭😭. 

Disebabkan warung tak bukak lagi, kami pun beli je maggi kat family mart. Family mart ni tak semua halal. Ada je pork dia jual. Pepandai kau la tengok tanda halal dia. Kalau tak confident tanya je cashier dia. Ada yang muslim. Kat family mart ni jugak la habiskan saki baki duit bath. 


                                  

 Koko crunch camni 200 bath je. Dalam RM2.20 kita. Jakun jap masuk family mart ni sampai belek semua barang dia. 


                                   

Susu dalam packaging camni. Kalau budu ada dah jumpa. Ni first time tengok susu cenggini. 


                  

Air collagen pun dia jual jugak. Untuk siapa yang rasa dah tak lawa lepas jemur main laut, boleh direct beli kat sini. RM2.50 je murah hoiii. Kat malaysia je collagen sampi beratus. 


                                  

Kt sini aku habiskan duit bath aku beli air dia. Ada la dalam 5 jenis air dia aku beli. Matcha latte, yogurt drink, milk dia semua aku try. Semua sedap dan murah. 

                                 

Cathy doll kau dia jual kat sini. Tapi dalam packaging kecik untuk sekali atau dua kali pakai. Yang lupa bawak cream muka tu boleh je beli sini. Semua brand ada termasuk snail white yang hot seketika kat malaysia tu. 


12.30 sampi la ktorg punya krabi shuttle nak hantar ke airport. Orang yang sama ambil ktorg hritu. Pastu terus check in luggage terus masuk ruangan menunggu. Masa naik flight ke krabi nanti steward air asia akan bagi mcm borang arrival and departure suruh kita isi. Korang isi dan dia akan ambil yang arrival punya bahagian je and bagi korg balik yg part departure tu. Pastikan korang tak buang kertas tu sebab masa nak balik nanti dia akan mintak. Macam kawan kami yang sorang dah hilangkan kat departure tu memang gelabah habis memasing sebab ingatkan tak boleh balik hahahah. Boleh isi yang baru kalau hilang. Tapi better simpan bebaik. 


So conclusion nya total budget untuk sorang hotel, flight, shuttle from airport to hotel dan aktiviti untuk 3 hari dalam Rm1000. Ni tak termasuk passport sebab kami masing masing dah buat sendiri. Tak termasuk makan dan souvenior. Makan dan souvenior tu pandai2 lah korang budget kalau nk jimat. 

No comments:

Post a Comment